Konsep Pewarisan Berdasarkan Eksperimen Mendel
Semua organisma boleh menurunkan ciri-cirinya
kepada zuriat masing-masing.
Pemindahan ciri-ciri induk kepada anaknya dari
satu generasi ke satu generasi yang lain dikenali sebagai pewarisan
(inheritance).
Kajian tentang pewarisan secara saintifik
dipanggil sebagai genetik (genetic).
Swsuatu ciri (characteristics) adalah
sifat tersendiri bagi sesuatu organisma. Ciri ini boleh diwarisi dari satu
generasi ke satu generasi berikutnya. Contohnya, ketinggian dan warna
kulit.
Sesuatu trait pula adalah varian bagi ciri
tertentu.
Setiap ciri yang diwarisi terdiri daripada
trait tertentu. Misalnya, ketinggian adalah suatu ciri manakala tinggi atau
rendah adalah traitnya.
Jadual di bawah menunjukkan ciri dan trait
pokok kacang pea yang dikaji oleh Gregor Mendel.
Ciri dan trait
pokok kacang pea.
Beliau adalah ahli sains yang pertama
menyarankan teori bahawa ciri yang terdapat pada induk (parent) diturunkan
kepada zuriat melalui gamet jantan dan gamet betina (male and female
gametes).
Ini menunjukkan bahawa nukleus (nucleus) gamet
jantan dan gamet betina membawa maklumat genetik pewarisan ciri tersebut.
Faktor pewarisan (hereditary factor)
yang menentukan sesuatu ciri (characteristics) itu dipanggil gen
(gene).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan